Siti Elizad mulakan ‘injection’ pertama IVF, Suami belajar cara suntik di rumah

SELEPAS beberapa kali tertangguh, pelakon Siti Elizad akhirnya meneruskan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Rabu.

Elizad, 36, berkata, pada hari pertama rawatan tersebut, doktor turut mengajar suaminya iaitu Shamsul Baharin Abdul Rahman cara memberi suntikan di bahagian perut aktres itu yang perlu dilakukan di rumah.

Pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin ini berkata, dia memuat naik video dan foto sepanjang proses rawatan supaya anaknya nanti menyedari betapa sukar untuk dia melalui proses itu.

Doktor kongsi cara untuk melakukan suntikan IVF. “Hari pertama suntikan untuk IVF. Hari ini periksa darah. Sambil itu doktor dan jururawat ajar suami cara nak memberi suntikan dekat bahagian perut.

“Jadi hari ini, hari pertama kami. Dah mula proses cucuk-cucuk sendiri dekat rumah sendiri. Doakan kami ya. Insya-Allah jumpa doktor lagi dua minggu.

“Susahnya nak dapat awak ini anak. Harap-harap awak tengok la video dan gambar-gambar macam mana kerja kerasnya nak dapatkan awak.

Yang tanya tentang harga, saya tak ada jawapan sebab masalah kita semua lain-lain ya.”Ya Allah perkenankanlah doaku yang satu ini juga buat mereka yang mengalami seperti saya,” kata Siti Elizad.

Penyampai radio Sinar FM itu berkongsi perkara tersebut dengan memuat foto dan beberapa video ketika menjalani rawatan tersebut di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Sebelum ini, Elizad memberitahu dia sepatutnya sudah melakukan rawatan kesuburan pada Februari lalu, tetapi terpaksa ditunda kerana terikat dengan penggambaran drama bersiri.

Dalam pada itu, Elizad menegaskan dia tidak dapat menjawab persoalan mengenai harga untuk melakukan rawatan tersebut berikutan permasalahan yang dihadapi setiap pasangan berbeza-beza.

“Yang tanya tentang harga, saya tak ada jawapan sebab masalah kita semua lain-lain ya. “Cuma apa saya boleh rekeman harga berpatutan, doktor serta jururawat yang sangat peramah,” ujarnya.

Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. – mSTAR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*