Nabila Huda Keguguran Lagi “Kenapa Susah Sangat, Bila Kita Nak”

Pelakon Nabila Huda berkongsi khabar duka bayi yang dikandungnya gugur kali kedua pada Isnin. Dedah Nabila, dia mengalami pendarahan sebelum disahkan keguguran.

“Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya keguguran lagi buat kali kedua.

“Masa pertama kali tahu saya bleeding, saya sangat down. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.

“Sejujurnya, saya nak sangat ada anak. Terlalu nak sangat. Keinginan untuk ada anak tu nak sangat.

“Apabila doktor sahkan saya hamil, saya sangat teruja tapi pada masa sama paranoid. Saya risau tiba-tiba ‘dia’ tiada atau ‘dia’ jatuh atau ‘dia’ tak ada kat dalam tu (rahim),” katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagram Stories pada Rabu.

Nabila yang merupakan salah satu juri The Masked Singer Malaysia yang kini hangat ditayangkan di Astro Warna setiap Jumaat pukul 9 malam mengatakan dirinya stabil dan akur dengan ujian tersebut.

“Tapi saya percaya, tak ada rezeki lagi. Saya cuma kasihan pada suami saya. Lama dia tunggu. Kenapa susah sangat? Bila kita nak sangat, teringin sangat….

“Jangan bimbang, saya ada di rumah. Semalam seharian fikir… Sakit rasanya…,” tambahnya.

Nabila yang mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan sejak Disember 2015 pernah keguguran pada April tahun lalu.

Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang berusia 10 tahun.

Sumber : Gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*