“Terlalu Bimbang Isteri Sedang Hamil” Ini Yang Dia Lakukan Buat Ramai Terkejut … – Irwansyah

September 19, 2020 admin 0

PENYANYI dan pelakon Irwansyah memberitahu dia kini dalam proses melakukan persiapan untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya beberapa bulan lagi.
Memetik laporan Liputan6, Irwansyah dan isterinya iaitu Zaskia Sungkar juga dalam perancangan untuk berpindah ke rumah baharu yang lebih selesa.
Irwansyah menerusi video di saluran Youtube miliknya turut berkongsi keadaan rumah baharu mereka yang kini masih lagi dalam proses ubah suai.
Apa yang menariknya, Irwansyah menyediakan lif dalam rumah kerana bimbang keadaan isterinya yang kini sedang berbadan dua.

Irwansyah dan Zaskia bakal timang cahaya mata pertama.
“Ini ruang untuk menonton TV, ruang untuk keluarga bersantai, dan nanti ada ruang untuk Zaskia bersenam. Walaupun ruang rumah tidak terlalu besar tapi cukup la untuk keluarga kecil saya.
“Nanti akan ada lif sebab bimbang nak biarkan Zaskia naik turun tangga dalam keadaan hamil. Jadi, nanti dia gunakan lif saja untuk naik ke ruang atas rumah,” katanya.
Sebelum ini, pasang..

Majlis Perkahwinan Jadi ‘Super Spreader’, 7 Orang Dilaporkan Maut Dan 177 Orang Yang Lain Dijangkiti COVID-19

September 19, 2020 admin 0

Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala 177 yang lain disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas hadir satu majlis perkahwinan yang diadakan di Millinocket, Maine, Amerika Syarikat, lapor CNA.
Majlis perkahwinan yang diadakan pada awal bulan Ogos lalu telah dihadiri oleh 65 orang tetamu yang secara tidak langsungnya telah melanggar had rasmi yang ditetapkan kerajaan iaitu 50 orang.
Menurut CNA, majlis tersebut telah berlangsung di sebuah gereja dan kemudiannya diikuti dengan majlis resepsi di Big Moose Inn.
Sepuluh hari kemudian, berpuluh-puluh orang yang hadir majlis perkahwinan tersebut telah disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Maine segera membuka siasatan berkenaan perkara itu.
Pengarah CDC Maine, Nirav Shah pada hari Khamis (18 September) telah mengeluarkan perincian berkenaan kes tersebut sambil menambah bahawa tujuh orang yang meninggal dunia itu tidak menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.
Siasatan awal mendapati ..

Kebakaran Rumah, Warga Emas Ditemui Rentung

September 19, 2020 admin 0

BUTTERWORTH, 19 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung di dalam sebuah bilik tingkat atas rumah dua tingkat di Lorong Laksamana, Taman Telok Molek, di sini selepas kediaman itu musnah dalam kebakaran awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Noorzainy Mohd Noor berkata mayat Azali Saad, 64, ditemukan dalam bilik yang disewanya di rumah itu pada kira-kira pukul 6.30 pagi.
Beliau berkata berdasarkan maklumat awal bomba, kebakaran bermula dari sebuah bilik bahagian atas rumah sebelum merebak kerana bahagian atas rumah itu diperbuat dari kayu, menyebabkan api merebak dengan pantas, dan menurutnya punca kebakaran masih dalam siasatan.
“Arwah menyewa sebuah bilik di situ, dan terdapat dua bilik lain yang turut disewa penyewa di rumah itu namun mereka sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari berlaku kebakaran berkenaan,” katanya di sini hari ini.
Katanya mayat yang ditemukan dalam keadaan rentung itu telah dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk di bed..

Dosa Suka Menunda Dan Melambatkan Solat

September 19, 2020 admin 0

Astagfirullahalazim,,, اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ,,, MENUNDA SOLAT (Jangan* dibaca jika tak kuat) Ada seorang wanita bertanya kepada” mufti :”Bagaimana caranya membangunkan anak-anak saya yang […]